Protein merupakan elemen yang penting di dalam tubuh badan kita. Sebabnya, protein ni terdapat di seluruh sistem tubuh badan manusia iaitu di bahagian tulang, rambut, kuku, kulit, otot dan rawan.
Semakin meningkat usia, semakin berkurangan protein di dalam tubuh badan manusia. Protein tidak dapat dihasilkan dengan sendirinya, maka kita perlu menggantikan protein melalui pemakanan seharian untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Namun, adakah kita pasti dan tahu cara untuk memilih protein yang bagus untuk kesihatan? Antara protein daripada sumber haiwan dan
Sumber protein daripada haiwan seperti ayam pada masa kini, kebanyakannya adalah protein yang telah diubahsuai kerana ayam pada masa kini telah dikenakan suntikan hormon. So ia tak bagus sebenarnya untuk kesihatan kita. Kalau nak dapatkan sumber protein yang betul-betul terbaik   daripada ayam, boleh kejar ayam kampung. 😁
Oleh itu, kita boleh dapatkan sumber protein daripada tumbuhan bagi menggantikan sumber protein haiwan. Contohnya kacang soya. Makanan yang berasaskan soya merupakan sumber protein yang kaya dengan asid amino. Asid amino penting dalam komponen kesihatan kerana ia membantu bahagian- bahagian tubuh badan seperti tulang, otot, tisu untuk berfungsi dengan baik.
Selain itu, bagi mendapatkan protein yang baik, kita sebagai pengguna, perlu memilih syarikat pengeluaran yang mementingkan sumber organik dan tidak mengubahsuai sumber protein yang asal. Dengan cara ini, kita akan lebih peka untuk mendapatkan sumber protein yang baik dan berkualiti tinggi.
Tips seterusnya adalah, kita perlu memilih protein yang mempunyai Glisemik Indeks yang rendah. Sebabnya, Glisemik Indeks yang rendah dapat membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit kencing manis. Glisemik Indeks yang rendah juga akan membuatkan kita berasa kenyang lebih lama berbanding Glisemik Indeks yang tinggi. Sangat bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan atau maitainkan berat badan. Mengawal berat badan sangat penting untuk sihat. Sihat tu yang penting, bukan sekadar untuk cantik. Bila sihat mudah kita nak beribadah kepada Allah.
Kesimpulannya, marilah kita membuat pilihan yang bijak dengan memilih sumber protein yang baik dan berkualiti di pasaran untuk dimasukkan ke dalam diet seharian kita. Berusaha untuk sihat dan nikmat sihat itu adalah kaya. Semoga bermanfaat. 😊
Lya Mohd Noor,
Founder of Rich Health Group #RHG
0 comments:
Post a Comment