Post sebelum ini Yana ada menerangkan mengenai ‘Protein yang Bagus Untuk Diet’ , post kali ni Yana nak share pula ‘Bilakah Masa Yang Sesuai Ambil Minuman Protein Untuk Turunkan Berat Badan’..
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, pengambilan protein yang mempunyai Glisemik Indeks (GI) yang rendah adalah penting dan disarankan diambil pada waktu pagi. Minuman protein GI rendah boleh dijadikan sebagai pengganti kepada makanan sarapan pagi. Protein penting diambil pada waktu pagi bagi membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. Malahan dengan protein GI yang rendah akan membuatkan perut berasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal gula dalam darah. Air kosong jangan lupa minum juga ya..
Selain itu, protein juga boleh diambil sewaktu kita berasa ‘craving’ pada benda-benda yang manis atau makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan. So, bagi menghilangkan keinginan kepada makanan-makanan ini, ambillah protein supaya perut kita akan berasa lebih kenyang sekaligus kita pun dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit akibat pemakanan yang tidak sihat. Bonus berat badan pun turun dan terkawal.
Seterusnya, protein juga boleh diambil sebelum senaman dan 30 minit selepas senaman. Pengambilan protein disarankan diambil sebelum memulakan sesi workout supaya badan kita lebih bertenaga semasa sesi workout dilakukan. Protein juga disarankan diambil selepas 30 minit supaya otot-otot kita dapat recovery dengan lebih cepat. So, tak ada lah kita rasa sakit- sakit badan selepas workout..
Kesimpulannya, pengambilan protein pada waktu yang betul dapat membantu menurunkan dan mengawal kenaikan berat badan kita. Walaubagaimanapun, pengambilan sumber protein yang baik dan berkualiti penting supaya kita dapat mengekalkan kesihatan yang baik. Semoga bermanfaat..
Baca : Protein yang Bagus untuk Diet.
Berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Boleh Whatsapp Yana di 014-3074340.
Anda juga boleh beli sendiri produk Shaklee di website Shaklee di sini :-
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1259979
Jangan lupa ikuti Yana di :-
Facebook ;
https://www.facebook.com/norliyana.mohdnoor.7/
Facebook Page :
https://www.facebook.com/lyamohdnoor
Instagram :
https://www.instagram.com/lyamohdnoor/?hl=en
0 comments:
Post a Comment