Otot merupakan elemen penting di dalam tubuh badan kita.. Otot yang sihat penting bagi memudahkan kita bergerak untuk melakukan aktiviti harian.. Sama ada kita sedar ataupun tidak, bermula daripada bangun tidur kita telah mula melakukan pelbagai kerja harian yang menggunakan pergerakan fizikal seperti menyiapkan makanan, berjalan, mengangkat barang atau mendukung anak..
Kesemua aktiviti tersebut menggunakan kekuatan otot dan tenaga untuk bergerak.. Kekuatan otot kita bertambah secara beransur- ansur sejak lahir hingga usia menjangkau 25 tahun.. Kemudian kekuatan otot akan merosot dan menurun seiring dengan peningkatan usia bergantung kepada aktiviti fizikal seseorang.. Bagi mereka yang menghidap penyakit, kemerosotan kekuatan otot semakin cepat berlaku..
Bagi memelihara kesihatan dan kekuatan otot agar tidak berlaku kemerosotan yang cepat, pengambilan makanan yang betul dan keperluan nutrien yang cukup penting agar kita dapat meningkatkan kualiti hidup yang sihat serta kuat seiring dengan peningkatan usia..
Cara untuk memperlahankan kemerosotan otot adalah :-
1. Melakukan senaman secara berkala termasuk latihan rintangan untuk mengekalkan kekuatan tubuh dan otot
2. Makan sumber protein.. Disarankan mengambil sebanyak 25 - 30 gram protein setiap hidangan
3. Pilih makanan seimbang seperti sayur- sayuran, buah-buahan, bijirin, protein, lemak sihat, vitamin dan mineral terutama kalsium dan vitamin D
4. Pertimbangkan pengambilan kandungan lain untuk kesihatan otot seperti HMB yang boleh didapati dalam beberapa jenis susu
5. Berbincang dengan pakar mengenai nutrisi yang perlu diambil untuk kekuatan otot terutama sekiranya anda sakit, dimasukkan ke hospital atau baru lepas menjalani pembedahan
6. Mengambil supplement yang selamat dan semulajadi... Shaklee mempunyai beberapa produk seperti ESP, Cinch, Collagen Plus Powder yang kaya dengan protein dan vitamin bagi membantu memelihara kesihatan dan kekuatan otot..
0 comments:
Post a Comment